4 Perkara Mesti Dilakukan untuk Memastikan Iklan Terjual-Creative-Kraver

4 Perkara Mesti Dilakukan Untuk Memastikan Iklan Terjual!

Bagaimana untuk menulis mereka, di mana untuk meletakkan, dan apa yang membuat orang membeli.
 
Pernah anda terfikir berapa jumlah wang yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat besar seperti McDonald’s. Setiap hari anda akan melihat iklan McDonald’s mahupun di alam maya ataupun ketika jalan pulang dari tempat kerja anda. Jika setiap hari ternampak iklan yang sama, mesti akan terpengaruh akhirnya. Tambahan pula apabila McDonalds mengeluarkan menu baru! Apakah yang perlu dilakukan oleh perniagaan kecil-kecilan atau peniaga dirumah? Bagaimana anda boleh mendapatkan iklan yang mampu milik dan ia benar-benar berkesan? Apabila bajet yang perlu anda keluarkan adalah terhad, gunakan iklan yang disasarkan dalam pelbagai saiz, kos, dan muncul di mana-mana laman web di Internet. Anda boleh mendapatkan data penting prospek, mendapatkan pelanggan baru, menjual produk dan iklan yang bijak. Berikut adalah perkara mudah yang boleh anda lakukan :

1. Target prospek yang terbaik

Surat khabar, berita, dan laman web mempunyai penonton yang tersendiri. Iklan anda tidak akan tenjual melainkan jika produk atau perkhidmatan anda dibeli oleh segolongan penonton tersebut. Dengan cara mentelaah artikel dan iklan, prospek dapat dicapai. Apakah jenis perniagaan yang di iklankan? Apakah yang dibeli oleh sekumpulan prospek? Fikirkan tentang umur, jantina, gaya hidup, pendapatan, dan tahap pendidikan. Ia tidak akan mengambil masa yang lama sebelum anda mempunyai idea yang cukup baik daripada apa jenis prospek yang telah dicapai.

2. Tajuk yang sesuai

Tajuk yang mampat dapat mengetengahkan iklan anda. Fikirkan tentang bagaimana anda membaca setiap halaman di website? Apakah perkataan yang membuatkan anda tertarik untuk membaca lebih lanjut. Tajuk selalunya mudah untuk dibaca dan jelas. Tajuk juga merupakan idea keseluruhan iklan dan mampu mendapatkan perhatian prospek.

3.Ringkas dan padat

Meletakkan maklumat penting mengenai produk atau perkhidmatan anda, menunjukkan prospek bagaimana ia memberi manfaat kepada mereka, dan memberikan maklumat mengenai anda. Berikut adalah beberapa perkataan sangat baik untuk iklan anda seperti percuma, baru, menakjubkan, sekarang, bagaimana, mudah, ketahui, kaedah, pelan, mendedahkan, mudah, maju, dan lebih baik.

4.Mudah dikesan

Anda membazir wang anda begitu sahaja jika anda tidak tahu iklan mana yang bekerja dan yang tidak bekerja untuk anda. Ya, memasukkan iklan anda ke laman maya sememangkan mudah dengan bantuan internet. Tetapi, untuk memastikan ia menguntungkan perniagaan anda adalah sukar. Jadi bagaimana untuk anda pastikan? Boleh diketahui apabila prospek bertindak balas melalui platform yang anda gunakan seperti website. Mencipta laman web yang berasingan untuk sesuai dengan setiap iklan adalah strategi yang terbaik. Hal ini memudahkan anda bagi mengira setiap pengunjung ke setiap halaman iklan anda.