#4 Photoshop 101: Menggunakan Control-S Dengan Betul
Save atau
Save As?
Kualiti sesuatu imej yang disunting sangat penting. Oleh itu, sebelum anda ingin menyimpan sesuatu kerja, anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara terlebih dahulu…
- Saya memerlukan file ini untuk kegunaan apa?
- Dimana fail ini akan disimpan?
- Format yang manakah perlu diguna?
- Bagaimana cara penyimpanan untuk mendapat imej dengan kualiti yang terbaik?
Perbezaan Kualiti Imej: (1) Imej dengan 83% kualiti vs (2) Imej dengan 1% kualiti
APA DAN DIMANA
Adakah imej suntingan anda akan digunakan online atau tidak memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan jawapan kepada soalan yang pertama. Imej visual untuk kegunaan online boleh menggunakan kualiti beresolusi rendah, manakala imej visual yang akan dicetak perlu beresolusi tinggi. Kami menyarankan agar anda mengkaji lebih lanjut mengenai panduan pencetakan imej untuk lebih memahami resolusi yang terbaik untuk imej anda dan juga penetapan penting seperti Color Modes.
Resolusi dan Color Mode Untuk Imej Yang Digunakan Online
Resolusi dan Color Mode Imej Yang Digunakan Untuk Pencetakan
Selain itu, dimana file anda disimpan juga memainkan peranan penting. Oleh itu, simpan file anda di lokasi yang mudah diakses dalam komputer. Photoshop mungkin akan menunjukan ralat jika terdapat unsur-unsur yang hilang dari file tersebut (seperti fonts).
KUALITI DAN FORMAT
Sekarang anda telah mengetahui motif dan keperluan imej anda, oleh itu simpanlah imej anda dengan format dan saiz yang betul. Kebanyakan pereka grafik akan menyimpan hasil kerja mereka kepada beberapa format yang berbeza untuk fleksibiliti.
Untuk menyimpan pada imej yang akan digunakan online:
Hala ke File > Export > Save For Web
Terokailah bagaimana hasil kerja anda dengan compression setting yang berbeza. Elakkan hasil kerja yang berkualiti rendah okay?