7 Cara Letopkan Business Online Sambil Bekerja 9-5

7 CARA MAJUKAN BUSINESS ONLINE SAMBIL BEKERJA 9-5

Business anda bergantung kepada strategi
 
Anda bekerja sepenuh masa tetapi mahu jalankan online business sebagai gaji tambahan? Namun, menghadapi kesukaran apabila menjalankan business sambil bekerja? Tambahan pula, terikat dengan pelbagai tanggungjwab?

1. Jadualkan Masa Bekerja dan Business Online Anda

Anda perlu bijak membahagikan masa anda dengan baik. Pasti anda akan sibuk seawal pagi dan hanya memikirkan untuk pergi bekerja. Jadi, anda perlu menukar jadual masa anda untuk anda bangun lebih awal untuk menguruskan online business anda. Selain dari awal pagi, masa rehat juga merupakan masa terbaik untuk anda. Luangkan masa anda untuk mengenalpasti masa terbaik anda menjalankan busines online anda secara harian.

2. Tetapkan Matlamat

Memandangkan anda tidak mempunyai masa yang mencukupi, anda perlukan strategi yang sesuai dalam business online anda. Anda perlu berikan perhatian yang penuh terhadap tugasan yang membolehkan anda menjana duit dan membina business anda. Untuk memastikan segala matlamat dicapai, anda perlu membuat senarai semak. Pastikan setiap matlamat mempunyai tarikh akhir. Apabila anda berjaya menentukan cara untuk menjayakan matlamat besar anda, maka anda akan menyenaraikan matlamat kecil secara langsung.
 

3. Penggunaan Teknik Produktiviti untuk Fokus

Terdapat banyak teknik produktiviti yang anda boleh gunakan bagi membantu anda menjalankan business online. Anda boleh menggunakan teknik Pomodoro. Teknik Pomodoro telah dicipta oleh Francesco Cirillo pada awal tahun 90-an. Teknik Pomodoro membantu: a) Memberi tumpuan dan membuatkan anda boleh melakukan dalam tempoh masa yang mungkin tanpa gangguan. b) Fokus pada tugas yang sedang dikerjakan c) Menghilangkan kadar tekanan kerana anda hanya memfokuskan satu kerja dalam sesuatu masa tertentu. d) Menghilangkan kebiasaan multitasking

4. Tidur yang Cukup

Tidur selama 4 jam sudah mencukupi bagi seorang dewasa. Tetapi jika anda tidak mendapat tidur yang cukup, anda tidak akan menjadi produktif dan kualiti kerja anda akan menurun. Anda juga akan lebih mudah terdedah kepada jatuh sakit.

Jadi bagaimana nak bekerja sambil menguruskan business online anda?

5. Amalan Self-Care

Jika anda menghabiskan semua kerja masa anda dan tidak mendapat rehat atau cuti yang cukup, anda akan keletihan. Anda mungkin berfikir bahawa anda mampu untuk mengawal keadaan. Anda mungkin juga berfikir anda mempunyai jumlah tenaga yang terbatas terutama di awal permulaan business online anda. Percayalah, ia akan memakan diri anda. Jadi, anda perlu pastikan anda mengamalkan penjagaan diri secara teratur. Beberapa perkara yang anda boleh lakukan: • Memastikan anda mempunyai rehat sekurang-kurangnya seminggu sehari. • Bersenam • Makan makanan yang sihat • Mendapatkan hadiah apabila anda mencapai sesuatu • Menghabiskan masa bersama keluarga atau kawan anda

6. Perniagaan Auto Process Bagi Business Online Anda

Jika anda melakukan tugas yang sama berulang-ulang kali, ia boleh menjadi sangat membosankan. Sebahagian besar tugas-tugas berlebihan boleh dijadualkan.

Anda boleh menjadualkan email atau membuka autoresponder yang boleh digunakan secara automatik bagi menghantar satu siri emel apabila seseorang mendaftar. Jika anda posting di media sosial dengan kerap, anda boleh menggunakan aplikasi penjadualan seperti Hootsuite, CoSchedule atau Edgar. Anda boleh menghabiskan satu jam atau dua bagi membuat penjadualan dan kemudian ia akan berlangsung selama minggu tersebut.

Mudah bukan untuk jalankan business online?

7. Cari Pekerja atau Team

Apabila anda mula mengembangkan business onlineanda, mungkin terdapat tugas yang anda tidak suka lakukan, tidak begitu mahir. Anda tidak akan dapat melakukan segala-galanya sendiri. Business onlinememerlukan penelitian yang baik seperti melayan WhatsApp pelanggan anda. Jika anda tidak memberi respon yang pantas, ia akan menjejaskan kualiti perkhidmatan anda. Jadi, team atau pekerja sangat penting bagi memastikan kelancaran online business anda.

Kesimpulan

Seperti yang anda lihat, terdapat beberapa cara anda boleh mengembangkan online busines anda semasa bekerja sepenuh masa. Adakah anda mempunyai apa-apa tips yang telah membantu anda mengembangkan perniagaan anda semasa bekerja 9 ke 5? Kongsi kan agar ia memberi nilai bersama.

Sharing Empowered Knowledge!
Like what you read?
Do share with your friends